Isnin, 2 Disember 2019

Percutian keluarga buat pertama kali !

Bermula dari 25hb Nov 2019 - 30hb Nov 2019. Tercapai juga hajat nak bersama sama dengan ahli keluarga untuk percutian yang panjang. Dari satu negeri ke satu negeri. Dari satu hotel ke satu hotel. Dan ianya sangat menyeronokkan walaupun penat memandu. Pengalaman manis buat mereka dan juga aku. 

Dari Perak .. ke Perlis dan kemudian singgah ke Kedah sewaktu pulang. Aku sendiri pun tak sangka akan dapat memandu sebegitu. Maklumlah , fobia aku terhadap kemalangan belum hilang. Tapi aku nekad... memandu ikut had laju dan ikut peraturan. Takda apa yang perlu dikejarkan jika kita ikut masa yang dirancangkan. InshaAllah selamat. 


Perak 


Kedah 


Perlis

Sebenarnya banyak untuk diterokai di Malaysia ni. Tu baru semenanjung. Belum lagi Sabah dan Sarawak yang lebih besar dan menghijau ! InshaAllah , tahun depan aku nak plan untuk dari Selatan ke utara untuk tempoh 2 minggu ? 

Tips bila gi bercuti begini... pastikan jumpa kedai dobi ketika nak menghala ke hotel. Senang nak mencuci dan juga jangan cari hotel yang ada pool yang best. Kang anak anak nak duduk di hotel jer ! Hehehe.. Buat itenari juga .

Tiada ulasan: