Rabu, 2 Oktober 2019

Demi kehidupan kita..


Duniawi

Semakin membesar..semakin banyak duit diperlukan ! Teringat kata kata seorang kenalan... dia tak berminat nak berkahwin sebab kes beginilah. Kena bekerja keras untuk besarkan anak anak pulak ! Sepatutnya inilah masa untuk dia enjoy the life ! Nanti dah tua , masuk rumah orang tua jer. Tak payah susahkan orang. Katanya la..

Aku mampu senyum je la. Kalau kita tau matlamat kehidupan kita ni , pastinya mudah. Yang jadi sukar bila mana kita mengejar dunia yang tak terkejar ini ! Setakat manalah kita mampu nak kaut ?? Dan banyak manalah sangat nak dibawa masuk kubur tu ? 


3 orang 

Sebenarnya , aku nak 4 orang anak. Tapi nak besarkan anak di zaman serba cukai ni, aku rasa cam.. tak pe la. Kualiti lebih penting dari kuantiti. Aku nak pastikan 3 orang anak aku ni , berada di landasan yang betul sebelum mereka mampu berfikir sendiri. Buat masa ni , aku kena fikirkan untuk mereka. 

Di satu peringkat nanti , mereka akan tertanya tanya akan erti kehidupan ni dan ketika itulah pelbagai falsampah akan berada di benak mereka dan jika tersalah analisa , mereka boleh tersesat buat seketika. Itulah yang terjadi ketika ini. Ramai anak anak muda yang kononnya dah cukup bijak berfikir , membuat keputusan sendiri dengan mengenepikan agama dan hasilnya , porak perandalah hati mereka. Tak tau kenapa dan mengapa mereka hidup ? Dan ENJOY je la sebelum mati ! 


Derma bersihkan hati

Aku pernah berada di puncak satu ketika. Aku terlupa ! Aku leka. Allah beri aku kesedaran ! Aku terduduk. Mencari semula erti kehidupan ini. Dunia tidak akan mampu puashkan hati kita. Sebab itulah kita senantiasa terkejar kejar walhal banyak dah kita perolehi. Mulut sebut Alhamdulillah tapi hati masih jauh dari bersyukur ! 

Dan sekarang aku cuba nak amalkan. Aku tak kisah la mereka nak tipu atau tidak. Aku ikhlas nak menyumbang kerana Allah. Sementara aku masih mampu... Tak mampu nanti , bentuk sumbangan aku lain pulak. Mana la tau kan ? 

Anak anak.. biar mereka lihat aku yang baru ini. Kerana aku sendiri melihat ayah aku lakukan satu tika dulu..

3 ulasan:

azlina ina berkata...

alhamdulillah.. bagus tu menderma. Saham akhirat kelak. Kalo dah meninggal dah tak boleh nak menderma lagi,walau guna wakil sekalipun, segala sedekah dan derma pon dah takde guna lagi. Inilah bekalan kita semua semasa atas dunia untuk akhirat.

Sheila Arshad berkata...

betul tu..kualiti lebih baik dari kuantiti.

Apa guna ada 10 anak tp semuanya gagal dicorak dengan baik?

Kata seorang teman baik yg juga counselor di JKM...didiklah anak dengan agama kerana punca segala masalah sosial (yang dia sendiri handle) adalah akibat kurangnya didikan agama.

Sheila Adziz berkata...

dunia tak kan mampu kita terkejar, yg penting kita tahu kita di landasan yang betul. x kisahla ramai ke sikit anaknya yg ptg mereka dpt mendoakan kita kelak.