Isnin, 30 September 2019

Termenung bila baca surat dari LHDN ni !

Gulp..

Selebirit ? OH..selebriti ! 

Masih ingat lagi perbincangan dengan pihak terbabit. Bila dengar mereka ada buat tawaran pada selebriti yang lahir dari rancangan realiti tv , harganya giler punya WOW ! Aku pulak , bukanlah level selebriti pun. Sebenarnya lebih pada bekerja dengan mereka pun. Kena keluar idea. Kena buat posting untuk naikkan jenama mereka. Bukanlah tahap duta produk.  Biasanya duta produk ni duduk diam je pun. Sesekali je buat posting di media sosial. 

Dan aku sebenarnya lebih senang begini. Bekerja ! Bukan duduk diam dapat duit. Dalam erti kata lain , aku bekerja dengan mereka. Tapi bila dapat surat begini , adeh... Bukanlah tak nak bayar tapi cam.. hurm.. bikin pening gak nak uruskan. 

Bayar Zakat 

Rezeki aku dalam dunia blog ni , aku kongsikan juga melalui bayaran zakat dan juga beberapa cara lain. Bukanlah nak tunjuk bagus bila aku bercerita begini tapi sekadar nak berkongsi. Dulu , aku pernah menganggur bertahun tahun lamanya. Cari kerja pun payah. Dekat 2 tahun jugak la. Ingat lagi bagaimana kehidupan aku ketika tu. Macam sampah masyarakat jer. Malu weh bila jiran jiran tanya aku.. 

" Ben , tak kerja lagi ke? " 

" Gi la kerja apa pun. Pam attenden ke ? "

Aduh... Bayangkan dari seorang computer programmer tiba tiba jadi pam attenden dengan bangla kat situ ! Hahahaha.. Bukanlah hina tapi cam.. adeh ! Turun level gitu la. Hahahaha.. Tu pemikiran aku ketika itulah. 

Alhamdulillah. Aku berubah cara. Aku mulakan kerja dari bawah semula. Dengan gaji RM650 sebulan. Dengan duit itulah aku selesaikan segala hutang hutang aku ketika bergaji besar dulu yakni kad kredit ! Dan dengan gaji itu jugalah aku dapat hulur sedikit pada mak aku. Walaupun mak aku tak nak terima sebab income dia jauh lebih besar dari gaji aku sebab dia ada bisnis sendiri tapi dia amik juga sebab anak dia yang beri. Tu pun dia simpan sebab tengah bulan nanti , aku pinjam semula ! Hahahaha...

Tiada sapa akan mampu mengubah nasib kita , melainkan kita sendiri ! 


Kerana Allah 

Dan selepas kawin, kehidupan aku berubah. Perkara pertama yang aku ubah ialah dekatkan diri denganNYA. Sebelum aku kenal wife aku , sejujurnya aku jahil bab bab agama ni. Pandang ringan sama sekali. Ingin berubah tapi tiada siapa yang ingin tolong. Maka jauh aku tersesat. 

Selepas kenal wife aku... berkawan dengan dia... Apa yang aku doakan pada Allah , ditunaikan ! Ingat lagi ketika tu.. Masuk waktu Maghrib , dia bersama aku ketika itu mencari tempat makan malam. Dia singgah di satu stesen minyak. Kemudian dia turun.. Beberapa minit selepas tu , dia kembali..

" Ok Ben, surau belakang tu. Gi solat dulu. Pastu baru kita gi makan. " katanya. 

Hah ?? Solat ?? Adooiii.. Hahahaha.. Aku melangkah terus ke surau. Macam dapat arahan dari bos gitu. Terus gi tunaikan dan di dalam hati aku ketika itu.. Yer , inilah yang aku tunggu selama ini. 


Redha

Tahun 2012 , sebelum  kelahiran Qhaliff.. aku berhenti kerja. Rasanya cukuplah aku berkhidmat untuk kerajaan walaupun aku sayangkan kerjaya yang banyak mengubah cara kehidupan aku. Dari seorang guru sandaran , ke Pekerja Khidmat Singkat dan pegawai kontrak. Aku belajar banyak perkara selama 9 tahun tu. Di samping tu, aku turut ikut kawan aku meniaga di pasar malam. Sesungguhnya aku tak sangka sama sekali aku berani lakukan. Dan ianya sangat seronok dan membuka mata bab meniaga ni. 

Disebabkan itulah , aku berjaya kekalkan momentum aku dalam dunia blog. Teruskan berjuang walaupun surat cukai sampai ! Hahahaha.. Dah pun aku buat pengistiharan dan hari ini adalah hari terakhir program pengampunan tu dibuat. Aku tak tau la samada aku perlu ke pejabat LHDN sebab kes aku ni , lain skit. Katanya surat dah keluar sebelum aku buat pengistiharan. Biarlah... Yang penting , zakat pendapatan aku dah bayar. 

Harapnya part cukai aku ni selesai segera. Aku nak selesaikan masalah di rumah aku ni. Kena simpan duit untuk baiki bahagian bahagian rumah yang rosak. Yer , rumah wife aku. Gaji sebagai blogger aku masih tak layak untuk beli rumah mahupun kereta. Itu pun dapat surat LHDN ! Hahahaa.. gitulah.. Redha jer la..

1 ulasan:

Sheila Adziz berkata...

Aduihh... Diorg keje blogger ni haji tetap n byk ke... Takpa BA insyaAllah ada jalannya penyudahnya lhdn tu...