Ahad, 20 Oktober 2019

Makin bahaya kata-katanya !


Hurm.. ada je jawapan dia sekarang ni ! Kalau salah cakap , dia akan smash balik ! Pastu ayat pemusnah dia ialah.. " Tengok muka Aara ni.. Ada tak Aara kisah ? ". Artghhhhh.. dia curik aku punya ! 

Dan sekarang ni... kalau wife cuba mengkondem aku.. aku akan jerit panggil dia.. 

" Zahra... tunjuk muka kat ibu.. " arah aku. 

Dan dia pandang pada ibu dia sambil matanya dijegil ke atas.. 

"Ada Aara kisah ?? " katanya dan terus berlalu sambil ketawa ! 

Cepat benar masa berlalu.. 

Ahad, 13 Oktober 2019

Kembali botak !

Biasanya aku akan botak di hujung tahun. Tapi entah camana , hari ni terasa nak botakkan kepala. Agak takda mood nak bersiap sekarang ni terutama nak dandan rambut aku ni ha ! Dan muka berminyak bila berpeluh kesan dari pomade yang aku pakai. 

Makanya.. aku nekad nak kembali botak untuk sekian kalinya !



Terasa lega sangat kepala. Nasib baik ada uban. Kalau tak da , sah sah orang ingat.. awek ingat aku dalam awal 30an.. gituuu ! Ouchhh... Hahahaha.. 

Alhamdulillah. Panjang umur.

Khamis, 3 Oktober 2019

Aku jadi bodoh atau diperbodohkan ?



Politik bangang atau kita dibangangkan ?

GST bakal kembali ? Heheheheh.. Sebenarnya aku nak ulas pasal ni tapi rasanya cam.. hurm.. tak payah la. Letih dan penat jer ! Tengok apa dah jadi dah la. Perjuangan mereka yang menentang GST sebelum ni , dah bersorak gembira bila bertukar kerajaan.. 

Tapi ianya kembali semula... kononnya atas kehendak rakyat ! Aku nak gelak lelebih , kerajaan sekarang ni mengalahkan kerajaan lalu.. Mudah sentap ! Walhal sebelum ni nak amalkan konsep mudah terima kritikan ! Huhuh..

Kembali berjuang ? 

Hurmm... Full Stop ! Malas nak tulis bab ni walaupun aku dah karang panjang panjang tadi.  Rasanya lebih baik , aku diam diri buat masa ni. Tunggu dan lihat jer. 

Sekian.

Rabu, 2 Oktober 2019

Demi kehidupan kita..


Duniawi

Semakin membesar..semakin banyak duit diperlukan ! Teringat kata kata seorang kenalan... dia tak berminat nak berkahwin sebab kes beginilah. Kena bekerja keras untuk besarkan anak anak pulak ! Sepatutnya inilah masa untuk dia enjoy the life ! Nanti dah tua , masuk rumah orang tua jer. Tak payah susahkan orang. Katanya la..

Aku mampu senyum je la. Kalau kita tau matlamat kehidupan kita ni , pastinya mudah. Yang jadi sukar bila mana kita mengejar dunia yang tak terkejar ini ! Setakat manalah kita mampu nak kaut ?? Dan banyak manalah sangat nak dibawa masuk kubur tu ? 


3 orang 

Sebenarnya , aku nak 4 orang anak. Tapi nak besarkan anak di zaman serba cukai ni, aku rasa cam.. tak pe la. Kualiti lebih penting dari kuantiti. Aku nak pastikan 3 orang anak aku ni , berada di landasan yang betul sebelum mereka mampu berfikir sendiri. Buat masa ni , aku kena fikirkan untuk mereka. 

Di satu peringkat nanti , mereka akan tertanya tanya akan erti kehidupan ni dan ketika itulah pelbagai falsampah akan berada di benak mereka dan jika tersalah analisa , mereka boleh tersesat buat seketika. Itulah yang terjadi ketika ini. Ramai anak anak muda yang kononnya dah cukup bijak berfikir , membuat keputusan sendiri dengan mengenepikan agama dan hasilnya , porak perandalah hati mereka. Tak tau kenapa dan mengapa mereka hidup ? Dan ENJOY je la sebelum mati ! 


Derma bersihkan hati

Aku pernah berada di puncak satu ketika. Aku terlupa ! Aku leka. Allah beri aku kesedaran ! Aku terduduk. Mencari semula erti kehidupan ini. Dunia tidak akan mampu puashkan hati kita. Sebab itulah kita senantiasa terkejar kejar walhal banyak dah kita perolehi. Mulut sebut Alhamdulillah tapi hati masih jauh dari bersyukur ! 

Dan sekarang aku cuba nak amalkan. Aku tak kisah la mereka nak tipu atau tidak. Aku ikhlas nak menyumbang kerana Allah. Sementara aku masih mampu... Tak mampu nanti , bentuk sumbangan aku lain pulak. Mana la tau kan ? 

Anak anak.. biar mereka lihat aku yang baru ini. Kerana aku sendiri melihat ayah aku lakukan satu tika dulu..

Isnin, 30 September 2019

Berbaloi jadi blogger?



Memori

10 tahun. Sesungguhnya aku tak sangka aku mampu bertahan sehingga hari ni. Macam macam aku rasa dan macam macam pengalaman yang aku tak sangka , aku lalui. Dan kebanyakkan adalah manis manis belaka. Alhamdulillah. 

Kalau nak selak satu satu , memang tak mampu nak ingat ! Tapi ada beberapa yang terpahat di hati sehingga sekarang. Dan kelmarin , blog aku telah pun diperbaharui domainnya untuk 5 tahun terus. Saja buat 5 tahun terus. Huhuh.. Moga panjang umur la yer..

Kalau nak diceritakan kembali kenangan manis dan pahit tu , segalanya dah diceritakan pun di dalam blog. Secara jujurnya aku boleh katakan impian aku selama ini sudah pun tercapai ! Walapun tak dapat pusing dunia tapi apa yang aku inginkan dah pun jadi kenyataan.


Bersara ?

Berkali bermain di minda aku. Fokus jaga anak jer. Penat sebenarnya dok bergelumang dengan dunia maya ni. Macam macam perangai orang ada. Semua nak keja jaga hati ! Tapi aku kena cari kerja la kan ? Takkan nak tunggu bini kasi duit lak ? Giler dayus la gitu woii ! Hahahaha.. 

Dan paling tak disangka ialah LHDN ! Hahahaa... serius tak sangka. Sejak dari aku bekerja dulu , aku dikatakan tidak layak pun untuk daftar sebab gaji kecil ! Dek kerana itulah aku berpendapat , cukai pendapatan ni dikenakan pada orang berduit jer. Ditambah lagi dengan kerja aku dulu yang mana .. hurm.. tak pe la. Tak yah citer ! Hahahaha.. Kang tak pasal pasal aku kena seru lak ! Huhuh. Bahaya.

Nak atau tidak.. aku kena teruskan malah kena kembali panaskan kerusi blogging aku ni. Bukan sebab dah suam tapi nak kembalikan kehangatan berblog. Kasi bersemangat semula. Bukan mudah tapi aku perlu cuba. 

Mudah sebenarnya tapi..

Ada kawan pernah tanya pada aku. Wife aku tak cemburu ke bila aku dikenali ramai orang terutama perempuan ? Eleleleee... takat mana la perempuan berminat dengan aku ni ha ! Kalau lelaki tu ramai la. Dan minat mereka lebih pada tengok aku bersemangat bercerita di dalam blog. Bukan sebab tergoda dengan mata hitam ku ini. Eceh.. Hahaha.. 

Sebenarnya tak susah pun nak dikenali dalam dunia blog atau media sosial ni. Kau cuma perlu ada 'aura' yang mana setiap orang memang dah ada cuma kena cari di dalam diri. Kemudian jika ada network atau medium untuk diketengahkan , memang cepat la naik. Pastu barulah boleh menjana pendapatan kemduian bayarlah cukai , jika layak. Zakat sila utamakan yer. 


Berbaloi atau tidak.. yang penting , aku kena terus cari duit untuk besarkan anak anak ! Kalau bukan dengan blog , mungkin aku kena jadi Perdana Menteri. Eh ? 

Termenung bila baca surat dari LHDN ni !

Gulp..

Selebirit ? OH..selebriti ! 

Masih ingat lagi perbincangan dengan pihak terbabit. Bila dengar mereka ada buat tawaran pada selebriti yang lahir dari rancangan realiti tv , harganya giler punya WOW ! Aku pulak , bukanlah level selebriti pun. Sebenarnya lebih pada bekerja dengan mereka pun. Kena keluar idea. Kena buat posting untuk naikkan jenama mereka. Bukanlah tahap duta produk.  Biasanya duta produk ni duduk diam je pun. Sesekali je buat posting di media sosial. 

Dan aku sebenarnya lebih senang begini. Bekerja ! Bukan duduk diam dapat duit. Dalam erti kata lain , aku bekerja dengan mereka. Tapi bila dapat surat begini , adeh... Bukanlah tak nak bayar tapi cam.. hurm.. bikin pening gak nak uruskan. 

Bayar Zakat 

Rezeki aku dalam dunia blog ni , aku kongsikan juga melalui bayaran zakat dan juga beberapa cara lain. Bukanlah nak tunjuk bagus bila aku bercerita begini tapi sekadar nak berkongsi. Dulu , aku pernah menganggur bertahun tahun lamanya. Cari kerja pun payah. Dekat 2 tahun jugak la. Ingat lagi bagaimana kehidupan aku ketika tu. Macam sampah masyarakat jer. Malu weh bila jiran jiran tanya aku.. 

" Ben , tak kerja lagi ke? " 

" Gi la kerja apa pun. Pam attenden ke ? "

Aduh... Bayangkan dari seorang computer programmer tiba tiba jadi pam attenden dengan bangla kat situ ! Hahahaha.. Bukanlah hina tapi cam.. adeh ! Turun level gitu la. Hahahaha.. Tu pemikiran aku ketika itulah. 

Alhamdulillah. Aku berubah cara. Aku mulakan kerja dari bawah semula. Dengan gaji RM650 sebulan. Dengan duit itulah aku selesaikan segala hutang hutang aku ketika bergaji besar dulu yakni kad kredit ! Dan dengan gaji itu jugalah aku dapat hulur sedikit pada mak aku. Walaupun mak aku tak nak terima sebab income dia jauh lebih besar dari gaji aku sebab dia ada bisnis sendiri tapi dia amik juga sebab anak dia yang beri. Tu pun dia simpan sebab tengah bulan nanti , aku pinjam semula ! Hahahaha...

Tiada sapa akan mampu mengubah nasib kita , melainkan kita sendiri ! 


Kerana Allah 

Dan selepas kawin, kehidupan aku berubah. Perkara pertama yang aku ubah ialah dekatkan diri denganNYA. Sebelum aku kenal wife aku , sejujurnya aku jahil bab bab agama ni. Pandang ringan sama sekali. Ingin berubah tapi tiada siapa yang ingin tolong. Maka jauh aku tersesat. 

Selepas kenal wife aku... berkawan dengan dia... Apa yang aku doakan pada Allah , ditunaikan ! Ingat lagi ketika tu.. Masuk waktu Maghrib , dia bersama aku ketika itu mencari tempat makan malam. Dia singgah di satu stesen minyak. Kemudian dia turun.. Beberapa minit selepas tu , dia kembali..

" Ok Ben, surau belakang tu. Gi solat dulu. Pastu baru kita gi makan. " katanya. 

Hah ?? Solat ?? Adooiii.. Hahahaha.. Aku melangkah terus ke surau. Macam dapat arahan dari bos gitu. Terus gi tunaikan dan di dalam hati aku ketika itu.. Yer , inilah yang aku tunggu selama ini. 


Redha

Tahun 2012 , sebelum  kelahiran Qhaliff.. aku berhenti kerja. Rasanya cukuplah aku berkhidmat untuk kerajaan walaupun aku sayangkan kerjaya yang banyak mengubah cara kehidupan aku. Dari seorang guru sandaran , ke Pekerja Khidmat Singkat dan pegawai kontrak. Aku belajar banyak perkara selama 9 tahun tu. Di samping tu, aku turut ikut kawan aku meniaga di pasar malam. Sesungguhnya aku tak sangka sama sekali aku berani lakukan. Dan ianya sangat seronok dan membuka mata bab meniaga ni. 

Disebabkan itulah , aku berjaya kekalkan momentum aku dalam dunia blog. Teruskan berjuang walaupun surat cukai sampai ! Hahahaha.. Dah pun aku buat pengistiharan dan hari ini adalah hari terakhir program pengampunan tu dibuat. Aku tak tau la samada aku perlu ke pejabat LHDN sebab kes aku ni , lain skit. Katanya surat dah keluar sebelum aku buat pengistiharan. Biarlah... Yang penting , zakat pendapatan aku dah bayar. 

Harapnya part cukai aku ni selesai segera. Aku nak selesaikan masalah di rumah aku ni. Kena simpan duit untuk baiki bahagian bahagian rumah yang rosak. Yer , rumah wife aku. Gaji sebagai blogger aku masih tak layak untuk beli rumah mahupun kereta. Itu pun dapat surat LHDN ! Hahahaa.. gitulah.. Redha jer la..

Kelahiran semula SANTAI BEN ASHAARI..

Kenapa ?

BENASHAARI.COM .. telah genap 10 tahun. Pelbagai onak duri telah pun aku lalui. Ada kalanya aku rasa nak bersara dari dunia penulisan blog ni tapi mengenangkan inilah yang aku inginkan sejak dari bangku sekolah lagi , 

Sebenarnya , sebelum ni aku ada dah blog ke dua tapi terhenti bila ada anak kedua. Tak larat nak jaga kedua dua blog berserta media sosial. Aku fokus pada BenAshaari.Com jer. Kenapa sekarang aku kembali ? Sebab anak anak dah pun besar dan boleh jaga diri sendiri tapi masih tetap perlu dipantau. Huhuh.. 

Dan blog Santai Ben Ashaari ni, aku nak lebih membebel di sini seperti dulu. Satu kepuasan bila menulis dengan cara sendiri. Tapi masih perlu berhemah. Tak boleh main belasah sesuka hati nak menulis. 

Niche ? 

Aku rasa nak fokus kepada kehidupan seharian dan juga kegiatan aku ! Maksud aku , jika travel , atau gi mencekik kat mana mana , maka aku akan tulis dengan lebih terbuka di sini. Tapi bukanlah dalam bentuk kritikan atau kecaman. Ke tak yah ? Hurm.. fokus pada kehidupan seharian ? Ok.. 

Nak bercerita mengenai kehidupan seharian juga sebenarnya payah. Bukan apa.. dunia sekarang ni bukan semua boleh dipercayai. Tengok depan depan , macam ok. Rupa-rupanya mereng ! Biol ! Mental ! Sendiri nanti susah ! Lebih lebih lagi nak bercerita pasal keluarga sendiri. Maka kena berhati hati. 

Nyaris berkubur ! 

Kewujudan BenAshaari.My ni sebenarnya ada tujuan lain. BenAshaari.Com akan tamat tempoh pada 10.10 nanti. Kali terakhir aku renew pada tahun 2014. Aku terus buat 5 tahun. Tapi ada masalah selepas tu. Dan masalah itulah membuatkan aku mewujudkan BenAshaari.My. 

Alhamdulillah.. masalah aku selesai di saat saat aku hampir putus asa. Entah camana , aku tergerak hati untuk gunakan email. Selepas aku buat solat Dhuha , aku terus buat. Dan sesungguhnya aku terkejut ! Tak sangka sama sekali. Punya la bertahun aku menanti dan mencari. Tak sangka sama sekali dihubungkan semula. Huhuh..  

Tak leh cerita lengkap sangat. Hahaha.. Bahaya. Biarlah ianya sekadar menjadi diari hidup aku. 

Semangat Kembali

Di kala ramai dok mengila dengan nak jadi Youtuber , aku masih lagi dengan blog. Bukanlah aku menolak trend sekarang tetapi bagi aku , membaca ni lebih memberi kepuasan sampai bila bila ! Aku tak nak komen mengenai dunia Youtube walaupun aku ada pandangan aku sendiri mengenainya tapi biarlah aku simpan je pandangan aku tu. Bukan apa.. Zaman ni tak semua orang boleh terima pandangan kita. Kang kena kecam semula. Lebih baik , simpan je pandangan tu untuk diri sendiri ! Hahaha.. 

Menulis lebih sampai berbanding menonton video. Mesej itu yang nak disampaikan itu diolah dengan baik. Positif dan negatif boleh dinilai sendiri dari bacaan. Sebab tu kena baca ! Jika menonton , ramai je boleh tertipu. Kan ?

Tapi sayangnya.. dunia penulisan semakin ditolak tepi. Amboi contoh novel dan majalah. Suratkhabar jangan cerita la.. Orang sekarang lebih gemar menonton dan tengok gambar. Baca ? Hurm.. korang tengok di FB dah la. Berapa ramai tengok gambar dan baca tajuk pastu komen mengecam ! Hurmm.. Suruh baca , malas ! Panjang sangat . Tapi bila dah baca , komen tu tak de kaitan pun ! Huhu.. 

Babai : Header tu lom sempurna. Akan ditukar. Warna , aku kembali ke warna 'ong' aku !